Sunday, 10 March 2013

Cara Guna Aura Maya Set Korea


KAEDAH PENGGUNAAN AURA MAYA SET KOREA

Cara penggunaan untuk kulit kering/kulit normal:

1) Pastikan tidak mencampur penggunaan AM Korea dengan AM lama/produk lain.

2) Rehatkan muka selama 3 hari sebelum memulakan penggunaan AM Korea, (hanya penggunaan sabun sahaja ).

3) Selepas 3 hari, boleh memulakan penggunaan 'Intense Cream' sahaja pada waktu siang & malam. Sapu nipis sahaja.

4) Selepas 2 minggu pengunaan intense cream , bolehlah memulakan penggunaan 'Serum' pada waktu malam sahaja. Gunakan 'Intense Cream’ pada waktu siang seperti biasa. 

(Teknik pakai serum: Titikkan 1-2 titik serum atas tapak tangan. Gosokkan kedua belah tapak tangan kemudian tekap2kan ke muka. Tepuk2 dengan hujung jari dengan urutan ke atas sehingga krim meresap pada kulit)



Cara penggunaan untuk kulit berminyak:

1) Pastikan tidak mencampur penggunaan AM Korea dengan AM lama/produk lain.

2) Rehatkan muka selama 5 hari sebelum memulakan penggunaan AM Korea, (hanya penggunaan sabun sahaja ).

3) Selepas 5 hari, boleh memulakan penggunaan 'Intense Cream' sahaja pada waktu siang & malam. Sapu nipis sahaja.

4) Selepas 2 minggu pengunaan intense cream, bolehlah memulakan pengunaan 'Serum' pada waktu malam sahaja. Gunakan ‘Serum’ 2 kali seminggu sudah memadai. Tidak perlu pakai setiap hari kerana ia sangat ‘concentrated’ dan kaya dgn nutrient. Kalau pakai banyak, muka akan jadi lebih berminyak dan dikhuatiri jerawat akan keluar lebih banyak.
Gunakan 'Intense Cream’ pada waktu siang seperti biasa.

(Teknik pakai serum: Titikkan 1-2 titik serum atas tapak tangan. Gosokkan kedua belah tapak tangan kemudian tekap2kan ke muka. Tepuk2 dengan hujung jari dengan urutan ke atas sehingga krim meresap pada kulit)

PANTANG LARANG SEMASA MENGGUNAKAN AURA MAYA KOREA.

Penting No. 1: Anda dinasihatkan supaya mengikut cara penggunaan yang betul untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Penting No. 2: Jangan sesekali mengambil serum dengan cara mencalit serum terus ke muka. Kepekatan serum adalah sangat tinggi, ianya sangat kaya dengan nutrient. Serum juga menggunakan teknologi terkini dari Korea, iaitu teknologi nano. Hanya pakai sedikit, krim dan serum berupaya menyerap ke dalam lapisan kulit paling dalam.
 Jika pakai dengan kuantiti yang banyak, lagi banyak jerawat akan keluar sebab minyak turut keluar. Muka juga akan jadi kusam dan gelap jika pemakaian krim secara berlebihan

Penting No. 3: Anda boleh memakai makeup atau bedak semasa menggunakan Aura Maya tapi dengan syarat basuh makeup sebersih2nya sebelum tidur dengan menggunakan oil makeup remover. Disarankan menggunakan makeup atau bedak yang berasaskan mineral seperti Ronasutra Mineral Powder yang tidak menyebabkan kulit tidak "bernafas".

Penting No. 4: Sekiranya anda ada membuat rawatan muka/facial di Salon yang menggunakan produk lain, anda dinasihatkan supaya menggunakan produk Aura Maya semula selepas 2-3 hari, kecuali Salon tempat anda membuat facial adalah menggunakan produk organik juga.
SELAMAT MENGGUNAKAN AM KOREA :)

AURA MAYA KOREA
PURE~NATURAL~ORGANIC





BB cream Aura Maya: BB cream ialah krim wajib yg anda kena ambil jika memakai set skincare auramaya. Penggunaan bb cream auramaya sangat membantu dalam merawat masalah kulit dan mengelakkan kulit menjadi kusam.
Ini kerana bb cream mengandungi SPF50 yg boleh melindungi dari pancaran UV yg berbahaya. Intense cream juga mengandungi SPF tetapi tidak cukup utk melindungi kulit dari sinar uv.

Cara Gunakan BB Cream

Selepas menggunakan intense cream, hanya letak beberapa titik bb cream di dahi, pipi dan dagu, kemudian sapu rata ke seluruh wajah selama 30 saat. Itu saja Mudah kan?

BB cream hanya ada satu warna iaitu Natural. Sesuai untuk semua warna kulit kerana selepas 15-20 minit penggunaan, ia menyesuaikan warnanya mengikut kulit anda secara  semulajadi. Muka akan kelihatan “naturally glow” dan tidak akan kelihatan pucat selepas dipakai.


Apa kelebihan BB Cream Aura Maya?

1) Mencerah -Instant fairness! Muka nampak glow serta merta. Dan jika digunakan secara berterusan, ia akan mencerahkan kulit dari dalam kerana BB cream aura maya mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai anti-oxidant, berupaya mengurangkan penghasilan melanin yang menggelapkan kulit.


2) Anti Penuaan - BB cream aura maya mengandungi collagen yang berfungsi melambatkan proses penuaan dan berupaya untuk meningkatkan kenanjalan kulit.


3) 24 jam Pelembapan - Memberikan kelembapan kepada kulit dan mengawal pengeluaran minyak yang berlebihan di muka.


4) Perlindungan dari sinar UV -  Diformulasi dengan SPF50+/PA++, bersifat Broad Spectrum yang melindungi kulit dari sinar pancaran UVA (penyebab kanser kulit) dan UVB (penyebab gelapnya kulit).




No comments:

Post a Comment